:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

Ya Allah,

......... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu, ............Amin.

Semperit & Mentega Kacang



resipi:ubi kentang biji sawi 
Foto: Selamat pagi semua. Rasanya nak makan kari tak malam ni? Pasti ada ubi kentang kat dapur kan? Cubalah ubi kentang biji sawi ini. Senang je.
Didihkan 5 ubi kentang separuh masak. Kisarkan 10 cili merah(ataupun ikut rasa), 5 ulas bawang putih, 15 bawang merah dan 5 buah keras. Panaskan minyak dan masukkan 2 sudu besar biji sawi, 1 sudu kecil jintan putih dan gorengkan. Kemudian, campurkan ramuan yang dikisarkan tadi dan gorengkan. Masukkan ubi kentang, 1 sudu besar Planta, gula dan garam dan akhir sekali daun ketumbar. Boleh dimakan bersama nasi ataupun roti. Nikmatilah ya!
Didihkan 5 ubi kentang separuh masak. 
Kisarkan 10 cili merah(ataupun ikut rasa), 
5 ulas bawang putih, 
15 bawang merah dan 
5 buah keras. 
Panaskan minyak dan masukkan 2 sudu besar biji sawi, 1 sudu kecil jintan putih dan gorengkan. Kemudian, campurkan ramuan yang dikisarkan tadi dan gorengkan. 
Masukkan ubi kentang, 1 sudu besar Planta, gula dan garam dan akhir sekali daun ketumbar. 
Boleh dimakan bersama nasi ataupun roti. Nikmatilah ya!