:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

Ya Allah,

......... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu, ............Amin.

pantang apam polkadot wit resipi

menarik tuk di kongsi bersama kalian


pic hak paste dr pokcik google

RESEPI APAM POLKADOT (credit wit thanks to Kak Nik Ja)
sumber asal : Lilydvalley MyResipi
olahan idea : hanamemories.blogspot.com

sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan
3 biji telur A - dari peti sejuk
250 gm tepung gandum
150 gm gula halus
170 gm susu segar (susu full cream)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovallete
1 sudu kecil esen vanila
Filling blueberry@strawberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
Pewarna

papercup secukupnya
acuan lompang

Cara-cara
Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit (k.nor guna speed 6 menggunakan kenwood selama 9 min)sehingga likat dan agak ringan.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.

Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).

Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.

Picitkan blueberry@strawberry filling secukupnya.(mokwo guna strawberry filling, tapi orang kata letak nutella filling lagi sedap!)

Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna adunan pilihan.

Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit. Api jangan terlalu besar bimbang apam akan merekah. (k.nor kukus selama 12 min)
* k.nor guna acuan lompang yg saiz besar sket dr biasa tu dan kukus apam selama 12min

pantang larangan nya:
1) kalau telur yang di gunakan tuh kecil, bolehlah lebihkan telur  atau lebih kan cecair ie susu yang di gunakan..supaya hasilnya tidak terlalu 'dry'.(guna susu fresh lebih baik)

2) pukul adunan sampai betul2 fluffy...sampai ringan..ie sekitar 6-8 minit pada kelajuan tinggi..barulah apam jadi gebusss

3)mencorak dan meletak kan apam dalam pengukus haruslah di buat dengan scepat mungkin...kalau tak baking powder akan bertindak balas dalam adunan menyebabkan apam di jangkiti 'jerawat batu'

4) isikan adunan batter hampir penuh kedalam papercup, so apam yang terhasil akan nampak naik dengan chantiknya

5) kukus apam dengan api yang sedrhana, tidak terlalu besar, supaya apam tidak merekah

6) apam yang di kukus terlalu lama sehingga masuk titisan air, akan menyebabkan apam mengecut