:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

Ya Allah,

......... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu, ............Amin.

nasi ayam stail mummy sya

masa blogholiday@jejalan,terjumpa post nasi ayam homemade...aduh..aduh..kelihatan deliciousss melelehhh...ayor liuor kome...ayor liuor aku ye bukan kome..aterr
terus copy,sbb malas nak edit balik daa tapi ada ckit potong ,ambik mana ayat yg penting ajer...sampai seru nnti ley ler try yer yer tak =))
Resepi ayam perap tuh Kin main belasah jer, . Kicap perapan ayam tuh Kin masak tumis balik dengan bawang putih.
Resepi ayam tuh, korang blender bawang putih, halia dan bawang besar. Perap kejap dalam masa 30mins.
Then rebus ayam tuh sampai setengah masak, agak-agak setengah masak angkat dan letak dalam bowl yang lain.
Kemudian gaulkan dengan madu, Kicap pekat, kicap manis, kicap cair, sos tiram, minyak bijan, olive oil dan mixed herbs.
Perap dalam 2-3jam kemudian goreng.
Korang jangan goreng sampai kering, goreng pun taklama sebab bila korang perap ayam dengan madu, ayam tuh jadi mudah nak dimasak. Lagipun masa mula-mula tadi kan korang dah rebus ayam tuh setengah masak so masa goreng tuh dalam 5-10mins jer.
aterr x tertelan ke ayor liuor kome...mmm..tu la x caya aku tulis ,peace yoo