:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::

Ya Allah,

......... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu, ............Amin.

KUIH LIAT@GETAS-GETAS

SUMBER & TERIMA KASIH:SINAR KEHIDUPANKU


MEMANG SUKA MAKAN KUIH NI,ANTARA FEBERET JUGA,BILA KUNYAH RASA CAM LIAT2 DEK TEPUNG PULUT TU,YANG BEST NYER BILA MAKAN TU MENGIMBAU KEMBALI KENANGAN LALU MASA ZAMAN KANAK-KANAK YANG MEMANG SERONOK MASA TU.


Bahan-bahan 
  • 1 peket Tepung Pulut (500 gm)
  • 1 biji Kelapa Parut (guna yg putih & muda)
  • Sedikit garam
  • 2 cawan air- tuang sikit2 ya sampai jadi doh yg di kehendaki
  • Minyak secukupnya utk mengoreng kuih
Bahan-bahan untuk Sira Gula :
  • 1/2 cawan Air
  • 3/4 cawan Gula
Cara-cara
  1. Satukan Tepung pulut dan kelapa parut.
  2. Campurkan air dengan garam
  3. Masukan campuran air garam ke dalam mangkuk tepung dan kelapa tadi
  4. Uli sehingga sebati dan menjadi doh, jgn lembik sangat/ keras sangat.
  5. Ambil sedikit doh, gentel memanjang dan leperkan.
  6. Goreng dengan api yang sederhana.
Cara untuk buat sira gula,
  1. Campurkan Air dan gula di dalam kuali, masak hingga pekat, berbuih dan bertali baru masukkan kuih tadi dan gaul rata.
  2. Matikan api dan biarkan kuih tadi kering sedikit dan siap untuk dihidang.

Doa Nabi Yunus Dalam Perut Ikan

doa ni memang aku amalkan untuk memudahkan kesukaran @ masalah yang kita hadapi,terutama bila nak bersalin,doa ni lah mak aku turunkan pada aku,bila mak aku mudah jer bersalin kan kami 9 beradik,ish..cukuplah pengalaman aku nak melahirkan anak pertama serik rasanya,bukan masalah nak mengandung tapi masa nak meneran kan baby tu memang bodoh time tu.doa ini lah aku baca bila masuk wad,time tengah kontrasi tu & alhamdulillah dengan izin allah,aku & baby semuanya selamat,

لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam. Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain. 

MEE SIZZLING

SUMBER:I LUV ISLAM


BAHAN-BAHAN
  • 2-3 sanggul (gulung)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 biji cendawan shitake ( cendawan kering)- rendam sehingga agak lembut dan potong 4
  • 1 keping dada ayam- potong mengikut citarasa
  • 3 biji cili kering- potong 2
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 in halia- hiris nipis
  • Serbuk lada hitam
  • garam- secukup rasa
  • Beberapa titik Minyak bijan
  • 1 sudu besar Tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
  • sedikit minyak utk menumis

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis bawang putih, cili kering dan halia sehingga naik baunya.
  2. Masukkan ayam yg telah potong sehingga agak empuk.
  3. Masukkan 2 cawan air.
  4. Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan kicap pekat. Masukkan pula serbuk lada hitam. Biarkan mendidih.
  5. masukkan cendawan serta sayur2 lain- tunggu 2-3 min.
  6. Masukkan campuran tepung jagung dan kacau.
  7. Titikkan minyak bijan beberapa titik-jgn banyak2...
  8. Akhir sekali, masukkan yee mee- biarkan sebentar & hidangkan panas2.

CAKE FROSTING

SOURCE WITH THANKS:CHICKENS IN THE ROAD


MEMANG MENCARI2 CARA MAKING FROSTING YANG LAIN DARI LAIN & MUDAH,JOM CUBA



How to make Fluffy White Frosting:
1 1/2 cups sugar
1/2 cup water
1/2 teaspoon cream of tartar
3 egg whites
1 1/2 teaspoons vanilla
Combine sugar, water, and cream of tartar in a pan on the stove. Cook till bubbly and sugar is dissolved. In a bowl, combine egg whites and vanilla. Add sugar mixture to egg whites, a little at a time, beating constantly. Continue beating until stiff peaks form. Easily frosts a two-layer cake. I can’t stand it when a recipe doesn’t make enough frosting. This one makes plenty. When you first make the frosting, it will be a bit warm from cooking the sugar-water mixture. It spreads easier if you refrigerate it for 30 minutes before frosting the cake. Make the icing while the cake is baking.


##CARANYA LEBIH KURANG SEPERTI VIDEO DI BAWAH
http://www.youtube.com/watch?v=0oErvsmSxWU&feature=related

PEH TU NAK SAPU KAT BUTTER CAKE  NI,RESIPI DARI AMY BEH@KUALI.COM

Chocolate Fondant

Ingredients

  • 5 oz of dark chocolate (at least 60% cocoa)
  • 3 large eggs
  • 1 cup of sugar
  • 1/4 cup of flour
  • 5 tablespoons of butter
  • 1/2 teaspoon of cardamom (or cinnamon, chili pepper, vanilla extract, etc.)


Directions

  1. Melt the chocolate and butter in a bain-marie (or using a microwave). Once the chocolate and butter are melted add the cardamom (or the spices/flavors of your choice).
  2. Using an egg beater, beat the eggs and sugar until you get an off-white mixture. 
  3. Slowly add the chocolate mixture to the egg mixture. Keep stirring constantly or the eggs would cook (as the chocolate is hot). 
  4. Once the eggs and chocolate are mixed, incorporate the flour and stir well. 
  5. Coat the ramequins (small ceramic baking dishes) with butter and fill them with the chocolate batter. 
  6. Preheat your oven to 400 F degrees and bake the chocolate fondant for 12 minutes. The baking time may change based on your oven. 
  7. You can serve the fondant within the ramequins or you can carefully flip them on a plate. Let the fondant cool for few minutes before serving. 

    source with love: cooking with alia

Panduan IbuBapa Mengajar Anak di Rumah

sumber+credit to : Kak Yong ibu3A


maaf ler k.yong copy post ni,sbb senang terus saya direct nak view,mudah-mudahan mendapat manfaatnya
terima kasih kak Yong.


Salam bahagia,

Alhamdulillah, kali ini saya cuba untuk berbicara tentang budaya belajar di rumah untuk anak-anak pra sekolah. Namun, saya bukan lah pakar, kerana saya pun masih dalam proses mengajar anak-anak di rumah. Masih banyak yang perlu saya pelajari dari segi teknik dan juga menggunakan bahan  yang betul, selain menarik minat anak untuk terus belajar tanpa memberi tekanan pada anak.


Beberapa minggu lalu, saya membaca artikel/n3 yang ditulis oleh cikgu Norhaidi. Tajuk entri beliau adalah berkaitan dengan penguasaan 3M di kalangan anak-anak yang berleluasa dan apakah tindakan sewajarnya. 



ini adalah komen saya di entri tersebut



dan ini pula salah satu komen yang kakyong fikir harus dijawab oleh semua ibubapa.

Nak salahkan siapa kalau masuk darjah satu anak tak pandai menulis, tak kenal ABC, xtau satu ape pun?

Ibubapa mana lah tak sedih kan, selepas 2 tahun anak di tadika, (ada yang 3 tahun anaknya dihantar ke tadika) rupanya satu apa pun tak tahu.

Wajarkah jika kita letakkan semua kesalahan pada guru..? 

Ada ibubapa yang merungut, hantar ke tadika mahal-mahal tapi anak tak pandai pun.

Bila kita cadangkan, "ajar lah anak di rumah" ramai juga yang beralasan "saya ni kerja, mana ada masa" "anak-anak tak nak belajar dengan saya" dan macam-macam lagi alasan.

bila kita kata "10-15 minit jer setiap malam" ada pulak yang mula tarik muka.. seolah2 kita ni cuba nak mengajar dia pulak.. 


Memang agak sukar untuk menerapkan nilai budaya belajar di rumah untuk golongan kelas rendah, maksud saya ibubapa yang hanya kerja bawahan (contoh : kerja di kilang bahagian pengeluaran, stor ) dan selalunya stress dengan macam-macam isu. yer lah kan, pendapatan sikit (gabung gaji kedua ibubapa pun belum nak cecah RM2k), dah la macam-macam nak kena bayar.. jadi, tumpuan ibubapa lebih kepada cari duit & sediakan kemudahan dan makan minum di rumah. Hal belajar, memang diserah bulat-bulat kepada guru. 

Bila anak tak pandai belajar, ibu ayah marahkan anak & ada juga yang 'hamput' guru. 

Isu yang saya sebut ni... adalah realiti kehidupan di kawasan kejiranan makbonda saya.. berbeza sedikit di kawasan kejiranan saya. Sedih pulak bila taraf hidup menjadi salah satu penyebab anak-anak tercicir.. tercicir lah kan, jika 2 tahun di tadika tapi masih tak tahu membaca, menulis dan mengira.. itu belum campur Mengaji, menghafal surah dan banyak M lagi yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak.


Pada saya, belajar di rumah harus kita jadikan budaya dalam kehidupan seharian kita. Harus kita mulakan seawal usia anak. Memang diketahui umum tiap anak punya tahap penguasaan yang berbeza, namun saya tidak suka menjadikan ia alasan, kononnya anak akan pandai bila tiba masanya (saya tak boleh nak tunggu masa tu tanpa berbuat apa-apa)

Belajar tidak semestinya harus duduk di meja belajar.. adakalanya, saat nak tidurkan anak juga adalah masa yang sesuai.. sebelum anak tidur., kita ajar anak membaca doa tidur, di samping ajar beberapa surah mudah seperti AlFatihah & 3 Qul.. boleh juga kita ulang-belajar dengan anak-anak membaca ABC (untuk anak yang belum mengenal huruf), latih-ulang mengeja beberapa perkataan baru setiap hari.. atau pun ajar anak mencongak sifir tambah - contoh satu tambah satu, dua tambah satu.. 


Dan di hari minggu, (untuk ibubapa yang bekerja) boleh lah buat aktiviti di meja belajar... melatih anak menulis, melukis, mewarna, menampak dan sebagainya.. macam-macam aktiviti boleh dibuat, tetapi harus selalu diingati.. rules nya.. tak lebih dari 30 minit  (10 ke 15 minit adalah memadai) untuk satu-satu sesi dan jangan buat anak stress semasa di meja belajar.

Selain sesi belajar di meja belajar, kita boleh juga buat sesi membaca dengan anak-anak. Insya Allah, lama-kelamaan anak pasti akan suka dengan buku dan suka belajar. Ada banyak tips & panduan yang boleh di google, anda boleh juga baca entri PuanKutu Tips supaya anak suka membaca.



Jika anda perasan anak anda seperti ketinggalan di sekolah.. Jangan tunggu lagi, mulakan sekarang.. mula kan sedikit demi sedikit.. Insya Allah, dalam tempoh 7-8 tahun nanti, anda pasti akan tersenyum bahagia, tatkala anak sudah remaja, kita tak perlu nak terjerit sampai sakit tekak untuk ingatkan anak supaya belajar. 


Alah bisa tegal biasa. Sesuatu yang telah menjadi kebiasaan pastinya tidak lagi menjadi beban.

Apom Lenggang

SUMBER & CREDIT TO :ilaJy


PI JEJALAN...TENGOK KUIH APOM NI CAM SEDAP JER KALAU MAKAN PTG2,TERINGIN RAASA NAK MENCUBANYA



bahan:

300 g tepung beras
270 ml santan ilahjy tambah sikit air dlm lebih kurang 100ml kerana adunan pekat
1 sudu kecil yis kering
60 g gula
1/2 cawan nasi
secubit garam

kisar kesemua bahan sehingga sebati, mamadarwish pesan kalu pekat tambahn air..sebab tu mamatok tambah tadi..
peram 1 jam biar naik buih dan kembang ..guna bekas besar sikit nanti melimpah lak...
masukkan garam dan kacau sebati baru di bakar guna non stick kuali. tutup dgn penutup supaya ia cepat masak.

DARI AIR TANGAN IBUBAPA~AIR PENERANG HATI~

SEMOGA PANDUAN INI MEMBERI BARAKAH UNTUK ANAK2 KITA,MENJADI INSAN YANG BERILMU & SOLEH/SOLEHAH DENGAN AKIDAH YANG MULIA,KEKAL HINGGA HARI AKHIRAT,SEMOGA DI TEMPATKAN KE DALAM SYURGA,AMIN.
DARI SUMBER:CAPTBOKKHARI

Cara membuat air penerang hati ini dipelajari dari Allahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz) yang pernah tinggal di Daerah Kuala Krai, Kelantan. Beliau telah kembali kerahmatullah tiga tahun yang lalu. Allahyarham juga adalah sukarelawan yang pernah membantu merawat banyak penagih-penagih dadah di Kelantan suatu ketika dahulu. Sesiapa yang membuat air penerang hati ini. Sedeqahlah Al-Fatihah buat Alahyarham Hj Sattar (Al-Hafiz). Moga-moga ilmu yang ditinggalkannya membawa barakah buat kita.

Cara-cara membuat air penerang hati.

1. Air masak, air mineral atau air hujan malam jumaat lagi baik ditadah.

2. Waktu yang sesuai dilakukan selepas solat insyak dan jika baiknya lakukan selepas solat hajat minta Allah SWT makbulkan dan minta anak-anak yang minum air penerang hati itu dapat menghafalkan pelajaran dsbg.

Surah-surah yang dibaca.

1. Shalawat Nabi -10x.
2. Al-Fatihah - 1x.
3. Tiga Qul - 1x.
4. Surah Alam Nasyrah (Surah 94) - 11x.
5. Bismillah Enam - 11x.

Baca surah Alam Nasyrah dan Bismillah Enam dan dihembuskan pada air tersebut. Minum pagi atau malam. Boleh mula minum air penerang hati diawal tahun. Jika baiknya bagi minum setiap hari kepada anak-anak kita mulai sekarang. 

SURAH ALAM NASYRAH (SURAH 94).


ayam goreng ranggup

nak cuba try..tuk anak2...mm..memang suka makan ayam goreng
copy&paste dari blog:cik manggis,thanx a lot

bahan2:
1/2 ekor ayam-potong mengikut selera masing masing.Jika potong kecik lagi sedap.
1 cawan tepung beras pulut.
1 cawan tepung jagung.
1 tsp baking powder.
1 tsp garam.
1 tsp serbuk perisa ayam.
1/2 tbsp serbuk cili.
1 tbsp tepung kastad.
5 ulas bawang putih.
1 tsp serbuk lada hitam.
Cara-caranya:
  • Tumbuk 4 ulas bawang putih dan garam secukupnya untuk di perap bersama ayam.
  • Bancuh tepung pulut,tepung jagung,tepung kastad,baking powder ,lada hitam,serbuk perisa,serbuk cili dan garam dengan sedikit air.Agak-agak seperti membuat adunan untuk goreng pisang.(Masukkan 1 ulas bawang putih yg di tumbuk halus)
  • Celupkan ayam ke dalam adunan tepung dan goreng sehingga ayam berwarna perang atau keemasan.
  • Sedap dimakan dengan sos cili.

Pramugari Koma di Tanah Suci

 ......memberi peringatan-keinsafan untuk ku & mungkin anda yang membacanya juga

Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah sambil menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik dan pelik.

Bagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku semasa saya menguruskan satu rombongan haji.

Ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji.

Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah. Tiba di Madinah, semua orang turun dari bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita terbabit.

Tapi tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecahkan bumi Madinah, tiba-tiba wanita itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan. "Jemaah ni sakit” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas.
Semua jemaah nampak panik dengan apa yang sedang berlaku.

"Badan dia panas dan menggigil. Jemaah ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya...kita bawa dia ke hospital," kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah yang terletak tidak jauh dari situ.

Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan masing-masing.

Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk memulihkannya, namun semuanya gagal.

Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan.

Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri.

Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah.

Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil.

Jadual haji mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji. Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah.

Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma.

Bagaimanapun, kata doktor, keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya.

Tapi sebaik saja terpandang wajah saya, wanita tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak- esak.

Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan mahramnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis??

Saya bertanya kepada wanita tersebut, "Kenapa Puan menangis?"

“Ustaz….saya taubat dah Ustaz. Saya menyesal, saya takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Saya bertaubat, betul-betul taubat."

"Kenapa pulak ni puan tiba-tiba saja nak bertaubat?" tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu.

Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya perlu diambil iktibar oleh kita semua.

Katanya, "Ustaz, saya ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi saya silap. Saya ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja.

Ibadat satu apa pun saya tak buat. Saya tak sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat saya dan suami saya tak buat.

Rumah saya penuh dengan botol arak. Suami saya tu saya sepak terajang, saya pukul-pukul saja," katanya tersedu-sedan.

"Habis yang puan pergi haji ini?"

"Yalah...saya tengok orang lain pergi haji, saya pun teringin juga nak pergi."

"Jadi apa sebab yang puan menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang puan alami semasa sakit?" tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan,

"Ustaz...Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, saya telah diazab dengan seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah saya buat selama ini.

"Betul ke puan?" tanya saya, terkejut.

"Betul Ustaz. Semasa koma itu saya telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada saya. Balasan azab Ustaz, bukan balasan syurga.

Saya rasa seperti diazab di neraka. Saya ni seumur hidup tak pernah pakai tudung. Sebagai balasan, rambut saya ditarik dengan bara api.

Sakitnya tak boleh nak saya ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit saya minta ampun minta maaf kepada Allah."

"Bukan itu saja, buah dada saya pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara api, kemudian ditarik ke sana-sini...putus, jatuh ke dalam api neraka.

Buah dada saya rentung terbakar, panasnya bukan main. Saya menjerit, menangis kesakitan. Saya masukkan tangan ke dalam api itu dan saya ambil buah dada tu balik."

Tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari.

Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih.

Dengan suara tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya,

"Hari-hari saya diseksa. Bila rambut saya ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak saya terasa seperti menggelegak.

Azab itu cukup pedih...pedih yang amat sangat...tak boleh nak diceritakan."

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu.

Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya.

Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

"Ustaz...saya ni nama saja Islam, tapi saya minum arak, saya main judi dan segala macam dosa besar.

Kerana saya suka makan dan minum apa yang diharamkan Allah, semasa tidak sedarkan diri itu saya telah diberi makan buah-buahan yang berduri tajam.

Tak ada isi pada buah itu melainkan duri-duri saja, tapi saya perlu makan buah-buah itu sebab saya betul-betul lapar.

"Bila ditelan saja buah-buah itu, duri-durinya menikam kerongkong saya dan bila sampai ke perut, ia menikam pula perut saya.

Sedangkan jari yang tercucuk jarum pun terasa sakitnya, inikan pula duri-duri besar menyucuk kerongkong dan perut kita.

Habis saja buah-buah itu saya makan, saya diberi pula makan bara-bara api.

Bila saya masukkan saja bara api itu ke dalam mulut, seluruh badan saya rasa seperti terbakar hangus.

Panasnya cuma Allah saja yang tahu. Api yang ada di dunia ini tidak akan sama dengan kepanasannya.

Selepas habis bara api, saya minta minuman, tapi...saya dihidangkan pula dengan minuman yang dibuat dari nanah.

Baunya cukup busuk. Tapi saya terpaksa minum sebab saya sangat dahaga. Semua terpaksa saya lalui...azabnya tak pernah rasa, tak pernah saya alami sepanjang saya hidup di dunia ini."

Saya terus mendengar cerita wanita itu dengan tekun. Terasa sungguh kebesaran Allah.

"Masa diazab itu, saya merayu mohon kepada Allah supaya berilah saya nyawa sekali lagi, berilah saya peluang untuk hidup sekali lagi.

Tak berhenti-henti saya memohon. Saya kata saya akan buktikan bahawa saya tak akan ulangi lagi kesilapan dahulu.

Saya berjanji tak akan ingkar perintah Allah dan akan jadi umat yg soleh.

Saya berjanji kalau saya dihidupkan semula, saya akan tampung segala kekurangan dan kesilapan saya dahulu, saya akan mengaji, akan sembahyang, akan puasa yang selama ini saya tinggalkan."

Saya termenung mendengar cerita wanita itu. Benarlah, Allah itu Maha Agung dan Maha Berkuasa.

Kita manusia ini tak akan terlepas daripada balasannya. Kalau baik amalan kita maka baiklah balasan yang akan kita terima, kalau buruk amalan kita, maka azablah kita di akhirat kelak.

Alhamdulillah, wanita itu telah menyaksikan sendiri kebenaran Allah.

"Ini bukan mimpi ustaz. Kalau mimpi azabnya takkan sampai pedih macam tu sekali.

Saya bertaubat Ustaz, saya tak akan ulangi lagi kesilapan saya dahulu. Saya bertaubat... saya taubat Nasuha," katanya sambil menangis-nangis.

Sejak itu wanita berkenaan benar-benar berubah. Bila saya membawanya ke Mekah, dia menjadi jemaah yang paling warak.

Amal ibadahnya tak henti-henti. Contohnya, kalau wanita itu pergi ke masjid pada waktu maghrib, dia cuma akan balik ke biliknya semula selepas sembahyang subuh.

"Puan...yang puan sembahyang teruk-teruk ni kenapa. Puan kena jaga juga kesihatan diri puan. Lepas sembahyang Isyak tu puan baliklah, makan nasi ke, berehat ke..." tegur saya.

"Tak apalah Ustaz. saya ada bawa buah kurma. Bolehlah saya makan semasa saya lapar."

Menurut wanita itu, sepanjang berada di dalam Masjidil Haram, dia mengqadakan semula sembahyang yang ditinggalkannya dahulu.

Selain itu dia berdoa, mohon kepada Allah supaya mengampunkan dosanya. Saya kasihan melihatkan keadaan wanita itu, takut kerana ibadah dan tekanan perasaan yang keterlaluan dia akan jatuh sakit pula.

Jadi saya menasihatkan supaya tidak beribadat keterlaluan hingga mengabaikan kesihatannya.

"Tak boleh Ustaz. Saya takut...saya dah merasai pedihnya azab tuhan. Ustaz tak rasa, Ustaz tak tau. Kalau Ustaz dah merasai azab itu, Ustaz juga akan jadi macam saya. Saya betul- betul bertaubat."

Wanita itu juga berpesan kepada saya, katanya, "Ustaz, kalau ada perempuan Islam yang tak pakai tudung, Ustaz ingatkanlah pada mereka, pakailah tudung.

Cukuplah saya seorang saja yang merasai seksaan itu, saya tak mau wanita lain pula jadi macam saya.

Semasa diazab, saya tengok undang-undang yang Allah beri ialah setiap sehelai rambut wanita Islam yang sengaja diperlihatkan kepada orang lelaki yang bukan mahramnya, maka dia diberikan satu dosa.

Kalau 10 orang lelaki bukan mahram tengok sehelai rambut saya ini, bermakna saya mendapat 10 dosa."

"Tapi Ustaz, rambut saya ini banyak jumlahnya, beribu-ribu. Kalau seorang tengok rambut saya, ini bermakna beribu-ribu dosa yang saya dapat.

Kalau 10 orang tengok, macam mana? Kalau 100 orang tengok? Itu sehari, kalau hari-hari kita tak pakai tudung macam saya ni??? Allah..."

"Saya berazam, balik saja dari haji ini, saya akan minta tolong dari ustaz supaya ajar suami saya sembahyang, puasa, mengaji, buat ibadat.

Saya nak ajak suami pergi haji. Seperti mana saya, suami saya tu Islam pada nama saja. Tapi itu semua kesilapan saya.

Saya sudah bawa dia masuk Islam, tapi saya tak bimbing dia. Bukan itu saja, saya pula yang jadi seperti orang bukan Islam."

Sejak balik dari haji itu, saya tak dengar lagi apa-apa cerita tentang wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya percaya dia sudah menjadi wanita yang benar-benar solehah. Adakah dia berbohong kepada saya tentang ceritanya diazab semasa koma?

Tidak. Saya percaya dia bercakap benar. Jika dia berbohong, kenapa dia berubah dan bertaubat Nasuha?

Satu lagi, cubalah bandingkan azab yang diterimanya itu dengan azab yang digambarkan oleh Allah dan Nabi dalam Al-Quran dan hadith. Adakah ia bercanggah?

Benar, apa yang berlaku itu memang kita tidak dapat membuktikannya secara saintifik, tapi bukankah soal dosa dan pahala, syurga dan neraka itu perkara ghaib?

Janganlah bila kita sudah meninggal dunia, bila kita sudah diazab barulah kita mahu percaya bahawa "Oh... memang betul apa yang Allah dan Rasul katakan. Aku menyesal..." Itu dah terlambat.

REBUTLAH 5 PELUANG INI SEBELUM TIBA 5 RINTANGAN

WAKTU KAYA SEBELUM MISKIN, WAKTU SENANG SEBELUM SIBUK, WAKTU SIHAT SEBELUM SAKIT, WAKTU MUDA SEBELUM TUA DAN WAKTU HIDUP SEBELUM MATI

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."



subhanallah..tolong sebarkan..:) daripada Ustaz Nasir


sumber:trolak selatan:kampung ku

Solat Sunat Taubat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)
Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :
  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.


Waktu melaksanakan taubat :
~Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.
~Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya
Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)
Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.


Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),
    027alquran3.gif
    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”
  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,
munajat1.jpg
Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.
  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,
penghulu.jpg
Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

sumber:i"m fida