Test2

:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::
:: Ya Allah, Permurahkan Rezeki Bagiku::
Ya Allah,
......... apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu, ............Amin.
Panduan Kira Harga Kek
#kopi n tampal
Cara2 mengira harga sebiji kek...
Kira bhn mentah dulu , bergantung pd resipi:
Cnth :
RESEPI KEK SUKA HATI
1 kg tepung
2 kg gula
1 kg susu
5 kg butter
1 kg tepung = RM2.00
2 kg gula = RM 4.80
1 kg susu = RM6.00
5 kg butter = RM30.00
Jumlah bhn mentah = RM42.80
Satu resipi/adunan ni dpt brp loyang kek? katalah dpt 2 loyang kek,timbang ler berat kek sebiji loyang tu brp kg? katalah dpt 1kg
so RM42.80 / 2 loyang = 1 loyang (1 kg kek ) ialah RM21.40
Klu cupcake ke muffin ke,kira lah satu resipi/adunan tu dpt brp cup,so bahagikan lah ,cnth satu adunan KEK SUKA HATI ni dpt 40 biji cupcake,jadinya RM42.80/40 biji...
Pastu klu ada letak buttercream ke ganache ke,kira ler sekali..
CTH :
RESEPI BUTTERCREAM GERENTI X JADI
3 kg butter
2 kg meringue powder
6 kg gula aising
Katalah satu adun butercream ni nilainya RM 20.00,boleh lepa kek 1 kg jer..SO TAMBAH KAN LAH RM21.40+RM20.00 = RM41.40
Belum abis lagi ....
Darabkn dgn 2.5 (ni kira upah kita,api + air),so 1 kg KEK SUKA HATI + BUTTERCREAM ni ialah RM41.40 x 2.5 = (kira sendiri,kalkulator tak jumpa plak)...
Pastu klu ada tambah aksesori macam dome lid ke,kotak hantaran ke,tgk lah harga beli benda2 tu brp RM,amiklah untung seposen dua,singgit dua hengget,pastu bgtau kastemer klu nk dome lid kena tambah harga sekian2...
Ini cara saya kira kek saya,org lain maybe lain,ada yg smpi x3,x4 pun ada bergantung pd susah payah buat kek tu...okeh...klu kek fondant lagi mahal,kena tanya org yg selalu jual mcm mana nk kira harga,okeh...babai..
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
PANDUAN MELETAK HARGA UNTUK Kek/Biskut/Lauk Pauk yang ingin dijual
FavoriteDianaA Post at 2005-12-23 12:58
Tadi Diana ada kat Diari FnR, ada yang ingin tahu harga untuk kek coklat yang ingin dijual. Diana rasa seronok jika ada kawan2 yang inginn berniaga, hasil resipi yang telah dicuba disini. Ini Diana berikan formula yang mungkin boleh membantu semua. Diana pernah kongsi formula ini di Resipi.Net dulu sewaktu mereka banyak bertanyakan mengenai harga kuih muih yang ingin dijual untuk musim Hari Raya yang lepas. Harap info yang tak seberapa ini dapat membantu. Jika ada apa2 pertanyaan, tanyalah mungkin Kak Noor, Kak Liza, Diana dan kawan2 yang lain dapat menolong.
SEBELUM MELETAK HARGA
1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).
2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.
3. Tanyalah kawan-kawan disini bila anda rasa curiga berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.
*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?" Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya.
FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT
1. Untuk sesuatu resipi yang digunakan, listkan semua bahan-bahan yang digunakan untuk membuat resipi tersebut. Sebagai contoh Diana lampirkan list yang Hasnee telah lakukan untuk resipi Carrot Cake Kak Suria. 2 adunan resipi ini menghasilkan 8 loyang bulat.
Harga barang yang diperlukan
Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00
JUMLAH KESELURUHAN RM35.00
2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan 1.3.
Formula
RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)
RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50
Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (+-)
So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10
Ratio yang Diana berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2. Jangan terlalu letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt akan dapat pada semua.
MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN
1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara Hasnee berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.
2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-
Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321
Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.
3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada prospective pelanggan.
4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa.
5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi presentation dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.
Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Berikanlah resipi tersebut lagipun resipi itu dikongsi di Cari.com & Resipi.Net ini dengan ikhlas dari semua.
Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda lagi bertambah. Kita tidak tahu tapi Allah tahu. Dan jangan ler lupa promote sikit Cari.com FnR agar kawan2 kita bertambah heheheheh...